Tuesday, December 1, 2015

Filled Under: , , ,

Resepi Roti Lasagna

Lasagna Resepi Roti Western

Di rumah anda ada lebihan roti yang hampir expired? Jangan di buang. Anda boleh buat roti lapis berdaging atau bread lasagna malay style. Buleh cuba untuk juadah berbuka di bulan Ramadhan nanti.

Bahan-bahan

( Sajian untuk 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser


Cara-cara

1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Selamat mencuba !

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism