Monday, November 2, 2015

Filled Under: , ,

Resepi Rempeyek Ranggup

Kuih Tradisional Rempeyek Resepi


Bahan-bahan:


  • 2 cawan tepung beras
  • 100 gm kacang tanah
  • Sesudu teh jintan putih
  • Sesudu teh jintan manis
  • Sesudu teh ketumbar
  • 2 cawan santan
  • Sesudu teh kapur makan
  • 2 sudu teh gula
  • Sesudu teh garam
  • 60 gm ikan bilis
  • Minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan:


  1. Bersihkan dan toskan kacang tanah.
  2. Bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
  3. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar.
  4. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
  5. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.


Siap! Selamat Mencuba

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism