Tuesday, November 10, 2015

Filled Under: , ,

Resepi Makaroni Bakar

Makaroni Bakar Pasta Resepi


Bahan-bahan:

Bahan A:


  • 1 pek makaroni
  • 500 gm daging kisar
  • 5 ulas bawang Putih - dicincang
  • 2 labu bawang besar ’Holand’ – dicincang
  • 2 biji lada benggala – dipotong kiub
  • 1 pek sayur campur – ’mixed vegetables’
  • 1 tin cendawan butang – dipotong kiub
  • 1 tin tomato puri
  • 1 tin ’stewed tomatoes’
  • 1 cmb lada hitam serbuk
  • 1 cmt ’mixed herbs’
  • Mentega/minyak zaitun
  • Garam
  • Gula


Bahan B:


  • 1 botol susu segar
  • 6 biji telur
  • 1 pek keju parut ’pizza topping’


Cara Memasak (A):

Rebus makaroni sehingga al dente*, tos dan sejukkan sebentar. Panaskan mentega/mnyak zaitun di dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang, masak sehingga naik bau. Masukkan daging kisar dan seterusnya masukkan sayur campur ’mixed vege’, cendawan butang dan lada benggala yang telah dipotong kiub. Seterusnya masukkan tomato puri dan ’stewed tomatoes’ dan masak sehingga agak pekat. Masukkan lada hitam, ’mixed herbs’ dan perasakan. Padamkan api, satukan sos daging bersama makaroni yang telah direbus tadi.

Cara Memasak (B):

Pukul telur dan susu segar sehingga sebati. Masukkan makaroni yang telah sedia ke dalam loyang muffin yang telah dilapisi dengan mangkuk kertas, tekan sedikit sehingga agak mampat. Curah adunan susu dan telur ke atas makaroni sehingga sama paras. Tabur keju parut ’pizza topping’ di atasnya & bakar sehingga masak.


Selamat Mencuba !

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism