Friday, October 2, 2015

Filled Under: ,

Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

Resepi Sotong

Bahan-bahan:


  • 250 gm sotong ~ bersihkan dan potong bulat
  • 1 biji kentang (berat dlm 200gm) ~ belah 2 dan hiris
  • 1 biji bawang besar**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1/2 inci halia**
  • 10 biji cili api**
  • **dikisar/tumbuk (saya suka kisar/tumbuk kasar)
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu besar/makan sos tiram
  • 1 sudu besar/makan sos tomato
  • Kicap ~ secukup rasa (saya guna kicap manis)
  • Garam ~ jika perlu
  • Minyak.


Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar dan tumis bahan2 kisar/tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan masukkan sotong.
4. Masukkan hirisan bawang besar dan kicap, gaul rata. Rasakan masim, masam dan manisnya(tambahlah garam, sos tomato mengikut citarasa).
5. Akhir sekali masukkan kentang yg telah digoreng tadi dan gaul rata, matikan api dan bolehlah diangkat.
**Kalau ingin berkuah, tambahkan air. Sotong akan mengeluarkan air bila dimasak.

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism