Wednesday, October 7, 2015

Filled Under: , ,

Resepi Shakshuka Ringkas

Resepi Resepi Arab Shakshuka

Bahan-bahannya


  • 5 biji Telur
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 1 biji tomato saiz besar dicincang
  • 1/2 sk bawang putih ditumbuk lumat
  • Sedikit lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 1 sb mentega untuk menumis

Utk Hiasan


  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Lada hitam

Cara-caranya:


  • Cairkan mentega di atas non-stik pan
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan tomato. Tumis hingga layu.
  • Masukkan garam dan lada hitam. Kacau sebati.
  • Pecahkan telur sebiji2....jarakkan antara satu sama lain.
  • Gunakan sudip dengan berhati2 cuba alirkan putih telur ke dasar pan.
  • Pastikan kuning telur tidak pecah. Tutup pan dan masak selama 1 minit.
  • Tutup api dan taburkan daun ketumbar dan lada hitam.
  • Hidang dengan roti pita, focaccia atau roti pilihan (Roti Gardenia pun boleh).


Selamat Mencuba !

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism