Monday, October 5, 2015

Filled Under: , ,

Resepi Puding Raja dari Pekan, Pahang

Puding Puding Raja Resepi

Bahan-Bahan: Jala Mas


  • 5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
  • 1 cawan gula*
  • 2 cawan air*
  • sehelai daun pandan disimpul*
  • samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
  • penapis

Cara-caranya

1. masukkan bahan bertanda dlm kuali (pan)
2. sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis
kuning telor (gambar)
3. setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm
acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang
4. tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (mcm saya ajar buat
butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus.. tuang kan kuning telor tadi
dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. cara tuang pun seperti mana kita buat roti
jala .. kalau 5 biji telor ni dlm 3 kali buatla..jgn buat sekali gus ye..buat sikit2 dlm
3 kali
5. jala mas ni tak lama sangat ye dlm air gula tu ..lepas tuang tunggu sekejap pastu
angkat samaada guna chop stik atau guna senduk dan toskan air gula tu
6. buat lagi sampai 3 kali atau 4 kali bergantung..ketepikan

Bahan-bahan: Pisang goreng

kalau boleh carilah pisang lemak manis (sgt sesuai)
p/s: kalau takde pun carila pisang apa2 pun asal rasa nya manis ye

Cara-caranya

Panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut sebiji2 (tak perlu belah/potong tp kalau pisang tu bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah nak potong atau tidak)goreng sampai agak gelap sikit warna nya

Bahan-bahan: Sos kastard


  • 1 biji telor
  • 400ml susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • sedikit esen vanila
  • 2 @ 3 sudu besar gula (saya buat tak isi banyak sangat gula sbb jala mas dah rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya) kira sos saya ni manis2 buah je

Cara-caranya


  1. masukkan telor, susu cair, esen vanila, kacau sebati
  2. kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula
  3. masak dgn api sederhana besar..mendidih tutup api
  4. dan sejukkan dlm peti ais


Hiasan


  • buah prune dibuang biji
  • buah ceri merah dan hijau dipotong 4
  • gajus di goreng sebentar

Cara-caranya

1. mula2 dlm bekas taruk pisang goreng dulu
2. letakkan atas pisang jala mas sehingga menutup pisang
3. letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus
4. curah sos kastard yang sejuk tadi sedia dihidang

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism