Thursday, October 1, 2015

Filled Under: , ,

Resepi Laksa Johor Istimewa

Laksa Mee-Bihun-Laksa-KuewTeow Resepi

Sajian 2 liter

Bahan-bahan

Bahan-bahan A (dikisar)
  • Bawang merah besar 1 biji, 
  • Bawang putih 5 ulas, 
  • Halia sebesar 2 ibu jari, 
  • Cili kering 15 biji, 
  • Cili boh sekucup rasa
* kalau suka pedas letaklah cili lebih

Bahan-bahan B (dikisar)
  • 2 tin ikan markarel in oil, 
  • ikan markarel masin sebesar tapak tangan , 
  • sengenggam udang geragau, 
  • sengenggam udang fresh kecil-kecil dibuang kulit
Bahan-bahan C (ulam-ulaman dan dipotong-potong)
  • Daun kesum, 
  • timun, 
  • bawang, 
  • kacang panjang, 
  • cili merah, 
  • bawang goreng, 
  • nenas 
  • limau nipis 
  • bunga kantan
  • * Timun untuk laksa johor ni ada cara potong dia. Tak sama macam cara potong untuk makan rojak atau sumbat dalam tahu sumbat. 

Bahan-bahan lain
  • Rempah kari daging 2 pek kecil, 
  • 2 sudu besar kerisik kelapa, 
  • 1 sudu petis, 
  • santan 2 tin, 
  • gula dan garam secukup rasa, 
  • asam keping,
  •  jus lemon * boleh ganti dengan tamarin.
  • Sambal belacan.

Cara-caranya

Bila minyak dah panas, tumiskan bahan-bahan A sampai garing, jangan sampai hangit ye tuan-tuan dan puan-puan.

Then masukkan rempah kari daging. Goreng sekejap.

Masukkan bahan-bahan B bersama-sama petis dan kerisik kelapa. Bila petis dan kerisik dah cair dengan kuah tadi baru masukkan garam dan gula secukup rasa, asam keping, dan lemon juice.

Sukatan manis, masin dan masam ikutlah citarasa masing-masing yer.

Oh ya… masukkanlah jugak daun kesum, tambah sedap kalau ada bunga kantan.

Last sekali masukkanlah santan. Bila dah mendidih tutuplah api.

Untuk speghetti nyer. Just rebus macam biasa. Tapi jangan lupa masukkan minyak dalam air rebusan tu supaya speghetti tu tak melekat-lekat bila dah masak nanti.

Siap untuk dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman dan sambal belacan!

Sedap ketika dimakan panas-panas. Selamat Mencuba

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism