Wednesday, October 28, 2015

Filled Under: , ,

Resepi Kerabu Ikan Bilis

Ikan Bilis Kerabu Resepi

Bahan-bahannya:


  • Ikan Bilis Halus - yang telah digoreng (setengah mangkuk)
  • 3 ulas bawang besar
  • 6 biji limau kasturi
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Kacang panjang
  • 2-3 kuntum bunga kantan
  • Cili padi
  • 3 batang serai
  • Sos ikan
  • Gula


Cara-caranya :

1. Potong kesemua bahan-bahan (melainkan limau, sos ikan dan gula) dan gaulkan

2. Potong dan perah limau kasturi yang telah dibuang biji

3. Campurkan dengan 3 sudu besar sos ikan. Tambahkan 3 sudu teh gula.

4. Gaul sehingga sebati

5. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dipotong.

6. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba...

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism