Wednesday, September 16, 2015

Filled Under: , ,

Resepi Mini Pavlova

Manisan Pavlova Resepi

Bahan-bahan

  • Meringue Pavlova ( yang berwarna putih tu )
  • 6 biji telur ( bahagian putih telur )
  • 1 cawan ( 200gram ) gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu cuka putih
  • 1 sudu tepung jagung / cornstarch

Bahan hiasan :

  • Krim putar
  • Buah-buahan
  • Coklat cair

Cara-cara membuat :

  1. Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan cookie sheet/ cooking sheet di atasnya.
  2. Di dalam mixer, ( kelajuan sederhana ) , pukul putih telur sehingga berbusa/ berbuih putih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul/putar pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan berkilat.
  3. Kemudian, masukkan esen vanila, cuka dan juga tepung jagung di atas sebatian meringue tadi. Menggunakan senduk, gaul rata bahan tadi perlahan-lahan.
  4. Menggunakan sudu/senduk, letakkan meringue di atas cooking/cookie sheet tadi dengan berhati-hati mengikut saiz yang anda suka. Pastikanbahagian tengah meringue agak leper,jadi mudah untuk anda meletak krim putar di atasnya nanti apabila nak menghias pavlova anda.4. Bakar selama 60-75 minit sehingga bahagian luar kering dan agak rapuh dan warna bertukar menjadi putih krim pudar. Tutup ketuhar anda dan biarkan ia sejuk dengan suhu bilik. Bahagian luar meringue akan berasa lembut apabila disentuh atau jika ditekan perlahan-lahan,. Ia akan meretak sedikit kerana ia menyejuk pada suhu bilik tetapi jangan risau, tekstur dalam meringue itu sendiri akan menjadi lembut dan seperti marshmellow apabila dimakan.
  5. Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova anda.

Selamat mencuba !

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism