Resepi Rawang

Himpunan Warisan Resepi Terbaik Untuk Anda

Informations

Latest Update

Tuesday, August 2, 2016

Resepi Udang Lemak Cili Api dengan Cendawan


Perkongsian dari Resepi Malaya hari ini ialah, Udang Lemak Cili Api dgn Cendawan

Bahan-bahan

  • 500gm udang
  • 1 mangkuk besar cendawan
  • 3 batang serai - di titik
  • 3 inci kunyit hidup - di tumbuk atau dikisar
  • 15 tangkai cili padi - di tumbuk atau di kisar
  • 3 ulas bawang merah - di tumbuk atau di kisar
  • 1 ulas bawang putih -di tumbuk atau di kisar
  • 400 ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping besar asam keping
  • 300 ml air
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu teh gula


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak sadu sudu besar
  2. Tumiskan serai...
  3. Masukkan bahan yang di kisar atau di tumbuk halus tadi
  4. Tumis hingga harum dan terbit minyak
  5. Tuangkan santan dan air, masak hingga didih sambil di kacau supaya santan tidak pecah minyak.. Jangan ditinggal, mesti sentiasa di kacau, Takut nanti santan jadi berketul2 dibahagian atas..masukkan asam keping.,
  6. Masukkan udang serta cendawan dan kacau hingga sebati..
  7. Tambah garam, gula secukup rasa

Selamat Mencuba !

Sumber: Resepi Malaya
Udang Udang Lemak Cili Api

Thursday, June 2, 2016

Resepi Kuih Dangai


Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk kelapa parut putih
  • 1 mangkuk tepung pulut
  • 1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
  • 1/2 camt garam halus


Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
  2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa.
  3. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
  4. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
  5. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
  6. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
  7. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
  8. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.


Selamat Mencuba !!

Resepi dari Resepi Malaya
Kuih Tradisional

Wednesday, February 3, 2016

Resepi Grill Norwegian Salmon


Bahan-bahan

(hidangan untuk 2-3 orang )
  • 250gm Ikan Salmon
  • 6 batang Lidi Sate

Bahan-bahan Perapan

  • 30ml Soya Sos
  • 30ml Madu
  • ½ sudu kecil halia yg dicincang
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 biji Lemon (utk ambil jus)

Cara-cara

  1. Masukan bahan-bahan untuk perap dalam mangkuk besar, gaul sampai rata. Ketepikan.
  2. Ikan salmon dipotong 6 keping yg sama besar.
  3. Perap ikan salmon selama 30 mins. 
  4. Cucuk sekeping ikan dalam sebatang lidi.
  5. Bakar dalam ketuhar "grill" selama 4 mins, 2 mins untuk sebelah.
  6. Panaskan sos yg digunakan utk perap tadi, hidangkan degan ikan salmon.
Resepi Salmon Western

Thursday, January 7, 2016

Resepi Salad Telur


Bahan-bahannya:

  • Telur 4 biji
  • Seikat daud salad
  • Tomato ceri
  • Iceberg Lettuce
  • Kobis unggu (Purple Cabbage)
  • Sos Cili
  • Mayonis atau Thousand Island (ikut cita rasa anda)

Cara-caranya:

  • Rebus telur sehingga masak dan kupas kulitnya
  • Potong 4 telur rebus tersebut
  • Potong semua daun daun salad dan tomato ceri
  • Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas
  • Tuang sos cili dan mayonis ke dalam campuran daun salad dan telur


Mudah sahaja kan? Selamat Mencuba !

Resepi dari Resepi Malaya
Resepi Salad Telur

Tuesday, January 5, 2016

Resepi Wrap Smoked Salmon


Bahan-bahan

(Hidangan untuk 3-4 Orang)
  • 4 keping Tortilla Wrap (mudah didapati di Giant/Tesco/Bakery)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato.
  • 8 helai daun salad
  • 3 potong smoked salmon
  • Mayonis
  • Sos Thousand Island (preferably Lady's Choice)

Cara-cara


  • Rebus smoked salmon di dalam air sehingga masak. Tambah garam secukup rasa.
  • setelah salmon cukup masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. selepas tu potong salmon kepada ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Gaulkan isi salmon tadi bersama mayonis sehingga rata. banyak mana mayonis tu bergantung pada individu, tapi lagi banyak lagi sedap.
  • Cerai-ceraikan daun salad. kemudian potong bawang besar dan tomato secara membulat.
  • Selepas itu ambil 4 keping tortilla wrap dan panaskan menggunakan microwave dengan suhu medium selama seminit. Kalau takde microwave boleh jugakan re-heat dalam kuali.
  • Setelah dipanaskan, tortilla diletakkan dia dalam pinggan dan letakkan salad di atas tortilla.
  • Bahagikan ayam mayonis, tomato dan bawang kepada 4 bahagian. Letakkan 1 bahagian di atas salad tortilla yang pertama. Lakukan proses yang sama kepada tortilla yang selebihnya.
  • Kemudian tuang sos thousand island ke atas inti tortilla.
  • Lipat sisi tortilla, kemudian gulung dari bawah.
  • Jika tortilla terlalu padat, boleh juga gulung terus dari bawah.
  • Akhir sekali, potong tortilla wrap yang sudah digulung kepada 2 bahagian... 
  • dan sedia untuk dimakan!


Cubalah...sedap!
Resepi Salmon Western

Wednesday, December 30, 2015

Resepi Daging Tumis Pedas


Bahan-Bahan

  • 1kg daging (rebus sampai empuk )
  • 5 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • Setengah sudu biji ketumbar
  • Segenggam Cili api(mengikut kepedasan yg anda suka)
  • 1 inci Kunyit hidup
  • (Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis)

Cara-caranya

  • Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
  • Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati.
  • Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu.
  • Sedia dihidang


Selamat Mencuba !
Daging Resepi

Sunday, December 27, 2015

Resepi Mee Kari Udang


Bahan-bahan

(Resepi ini anggaran untuk 8-10 orang)

  • udang 1/2 kg
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik


Bahan hiasan/ulam:


  • telo rebus,
  • bawang goreng,
  • sawi (celurkan),
  • taugeh (celur jugak),
  • cili besar@cili api


Cara-cara


  • Tumbuk bahan *
  • Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste.
  • Masukkan juga cili mesin tadi.
  • Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit.
  • Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan daun kari.
  • Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi.
  • Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  • Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping.
  • Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  • Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
  • Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Selamat Mencuba
Mee Kari Mee-Bihun-Laksa-KuewTeow Resepi

Tuesday, December 22, 2015

Resepi Biskut Peanut Butter


Bahan-bahan:

  • 125 gm mentega
  • 125 gm peanut butter
  • 75 gm gula
  • 5 gm garam
  • 230 gm tepung kek
  • 10gm sodo bikarbonat
  • sedikit perisa vanila

Cara-caranya:

  1. Ayakkan tepung kek bersama soda bikarbonat
  2. Campurkan semua tepung mentega, penut butter, perisa vanila, gula dan garam sekali.
  3. Bentukkan aduanan ikut pilihan sendiri.
  4. Susunkan atas dulang pembakar dan sapukan telur kuning di atasnya, kemudian bakar dengan api sederhana.

Selamat Mencuba !
Biskut Resepi

 

Copyright © Resepi Rawang™
Designed by resepi rawang Templateism